As a Muslim I also believe that the day will DEFINITELY come when I will be in my Liang Lahad alone, dealing with Malaikat Munkar & Nakir. (i.e PROGRESSIVE, HONEST, HARDWORKING AND ROMANTIC MUSLIM)Īs a Muslim I believe that the day will DEFINITELY come when my helpless dead body or jenazah finally will be carried away to the grave. (A 47 YEARS OLD REAL MUSLIM FUNDAMENTALIST) Namun semua ini tidak penting sehabuk pun bagi saya kerana akhirnya nanti saya akan berbaring di dalam liang lahad kubur seorang diri, tanpa gelaran "Raden Tumenggung" atau gelaran apa pun. Saya sering berkata kepada diri sendiri seandainya orang mengetahui siapa sebenarnya nenek-moyang atau leluhur saya, maka pasti mereka tidak merasa aneh kenapa saya bisa mendapat gelaran bangsawan Tanah Jawa ini. Nenek-moyang saya yang ratusan tahun dulu datang dari Jawa Tengah pasti bangga dan gembira dengan gelaran bangsawan Keraton Jawa ini. Saya beritahu isteri saya, di Malaysia kita ini biasa-biasa saja tapi Alhamdulillah di Pulau Jawa nama kita berdua secara rasmi ada di dalam "Senarai Bangsawan Istana Surakarta". Anda mahu tahu siapa itu "Sultan Pakubuwono XIII"? Sila anda lihat: dan juga serta anda lihat. Kemudian sila anda lihat disebelah atas kanan foto. Anda mahu lihat Mohor Diraja Tulisan Jawa Lama? Sila klik dan besarkan photo di atas. Sri Sultan Pakubuwono XIII berkenan menganugerahkan, maka saya terima sajalah anugerah bangsawan ini dengan rasa sangat berterimakasih kepada Sri Sultan dan rasa syukur kepada Allah yang takdirkan semua ini.
Tapi yang penting ialah saya tidak pernah meminta-minta, tidak pernah melobi dan tidak pernah membayar kepada pihak Istana Surakarta untuk mendapat gelaran bangsawan ini. Penyanyi Rossa juga ada menerima Darjah Kebangsawanan dari Sultan yang sama i.e Sri Sultan Pakubowono XIII pada. Tapi Perlembagaan Indonesia tidak menghalang pihak Istana ini memberi anugerah darjah kebesaran kepada sesiapa yang Baginda Sultan mahu. Sebenarnya selepas Indonesia merdeka, Sultan Keraton (Istana) Jogkakarta dan Keraton Surakarta hanya berperanan sebagai "Gabenor" di Jawa Tengah sahaja. Sahabat-sahabat saya sekalian, tolong benarkan saya berkongsi dengan anda semua sedikit rasa gembira dan sedikit rasa bangga saya (Khairul Hisham Hassan) atas kurniaan anugerah darjah bangsawan "Raden Tumenggung" oleh Sultan Pakubuwono XIII dari Keraton (Istana) Surakarta, Jawa Tengah seperti dalam photo di atas.